mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2020 CELIK IT – Aierill Nadzwan bin Zamri

AIRIL

Nama: Aierill Nadzwan bin Zamri

Umur: 13 tahun

Ahli: 2016

Latar belakang

Aierill Nadzwan bin Zamri merupakan pelajar Tingkatan Satu Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong, beliau mempunyai 2 orang adik beradik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Aierill Nadzwan bin Zamri telah mula menggunakan perkhidmatan Pusat Internet Dabong sejak di bangku sekolah rendah lagi. Pada awalnya Aierill Nadzwan datang sekadar menemani kakaknyanya menggunakan perkhidmatan di PI Dabong dan melayari internet. Bermula dari situlah beliau mula berminat untuk belajar berkenaan cara mengendalikan komputer dan melayari internet. Seterusnya beliau telah mendaftar menjadi ahli Pusat Internet di usia 9 tahun.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli PI, beliau mula mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas PI bermula dengan asas pengenalan komputer. Bagi seorang kanak-kanak menjadi satu cabaran besar bagi petugas utuk mendidik beliau. Namun, berbekalkan semangat ingin belajar dan tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas, beliau menunjukkan perkembangan yang positif dimana beliau semakin mahir menggunakan setiap simbol dan fungsi yang ada pada keyboard daripada sebelumnya yang tiada langsung pengetahuan tentang IT. Bukan itu sahaja, beliau juga sangat mahir dalam memanfaatkan komputer untuk menggunakan internet untuk belajar dan berhibur melalui Youtube. Malah, beliau turut memanfaatkan ilmu penggunaan Microsoft Office dengan menyertai beberapa pertandingan yang dianjurkan oleh PI Dabong contohnya Pertandingan Menaip Pantas dan Pertandingan Mencipta Poster.

AIRIL