Nama: Zaleha binti Ismail Umur: 42 tahun Ahli: 2015 |
Latar belakang
Puan Zaleha binti Ismail atau lebih dikenali sebagai Zaleha telah mendaftar sebagai ahli PEDi Dabong pada tahun 2015. Beliau merupakan seorang suri rumah dan mempunyai lapan orang anak. Beliau menjadikan PEDi Dabong sebagai pusat rujukan dan beliau juga kerap kali mengikuti kelas Latihan computer di PEDi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Beliau tidak mahir menggunakan komputer terutama Microsoft office malah langsung tidak mngenali komponen-komponen komputer. Beliau mula mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Setelah mengikuti kelas latihan komputer di PEDi Dabong beliau semakin mahir menggunakan computer terutamanya dalam menggunakan aplikasi google dalam mencari maklumat, beliau juga mampu menyiapkan kerja sekolah dengan kemahiran yang beliau ada. Selain itu beliau juga turut mempelajari cara-cara untuk menaip menggunakan MS Office word.