mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2023 Celik IT | Nur Hazwani Yumni binti Halim

WhatsApp Image 2022 12 15 at 15.34.35

Nama: Nur Hazwani Yumni binti Halim

Umur: 34 tahun

Ahli: 2014

Latar belakang

Nur Hazwani Yumni binti Halim atau lebih dikenali sebagai Hazwani telah mendaftar sebagai ahli PEDi Dabong pada tahun 2014. Beliau merupakan usahawan kedai makan yang sudah berniaga secara kecil-kecilan sejak 10 tahun yang lalu. Beliau mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi komputer dan platform perniagaan bagi meningkatkan lagi jualan beliau.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Beliau tidak mahir menggunakan komputer dan telefon bimbit malah langsung tidak mngenali komponen-komponen komputer. Beliau mula mengikuti kelas latihan komputer dan kelas-kelas keusahawanan kerana ingin meningkatkan kemahiran beliau dalam memasarkan makanan beliau.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Setelah mengikuti kelas latihan komputer di PEDi Dabong beliau semakin mahir menggunakan computer dan telefon bimbit terutamanya dalam menggunakan aplikasi google dalam mencari maklumat, beliau juga mampu mewujudkan akaun tiktok untuk tujuana promosi kedai beliau. Selain itu beliau juga turut mempelajari cara-cara untuk menggunakan perbankan atas talian dalam usaha mendigitalkan cara bayaran makanan di kedai beliau.

WhatsApp Image 2022 12 15 at 15.34.35