mcmc
Kisah Kejayaan

KISAH KEJAYAAN JUL-DIS 2023 | NORZUNAH BINTI IBRAHIM

zunah 2

Nama: Nor Zunah binti Ibrahim

Umur: 25 tahun

Ahli: 2019

 

Latar belakang

Puan Norzunah binti Ibrahim atau mesra dikenali dengan nama Zue merupakan bekas pelatih Giatmara Kuala Krai yang mana telah menamatkan pengajian dalam bidang jahitan pada 2020. Beliau telah menggunakan kemahiran dan ilmu yang diperolehi di Giatmara untuk mencari rezeki dalam menambahkan lagi sumber pendapatan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Sebelum penglibatan beliau dengan PEDi, beliau kurang mahir menggunakan medium media sosial untuk menjalankan dan mengiklankan perniagaan secara online dan mengiklankan barangan runcit dari kedai beliau di facebook, shopee serta laman web yang lain. Perniagaannya lebih kepada jualan secara ‘offline’

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi

Selepas penglibatan dengan PEDi dimana beliau mengikuti kelas keusahawanan di PEDi antaranya Kelas Shopee, LinkTree, Facebook Page serta sentiasa belajar, kini beliau telah mahir memasarkan dan mengiklankan produk jualannya melalui platform digital tersebut.

zunah 2