| Nama: Putri Jihan Arini Zahra Binti Muhd Ikhsan Hafis Umur: 13 tahun Ahli: 2014 |
Latar belakang
Putri Jihan Arini Zahra Binti Muhd Ikhsan Hafis atau lebih dikenali sebagai Jihan telah mendaftar sebagai ahli NADI Dabong pada tahun 2017. Beliau merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong dan merupakan pelajar tingkatan 1. Beliau mengikuti kelas latihan computer sejak dari awal menjadi ahli lagi kerana ingin meningkatkan kemahiran menggunakan aplikasi komputer dan Microsoft office dalam menyiapkan tugasan sekolah beliau. Bermula tahun ini beliau mula mengikuti kelas tambahan secara atas talian Dilea yang mana telah dijalankan dibawah Teras Perkhidmatan Pintar NADI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Beliau tidak mahir menggunakan komputer terutama Microsoft office malah langsung tidak mngenali komponen-komponen komputer. Beliau mula mengikuti kelas latihan komputer kerana ingin meningkatkan kemahiran beliau. Selain itu, beliau juga agak kurang mahir dalam beberapa matapelajaran terutamnya matematik.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Setelah mengikuti kelas latihan komputer di NADI Dabong beliau semakin mahir menggunakan computer terutamanya dalam menggunakan aplikasi google dalam mencari maklumat, beliau juga mampu menyiapkan kerja sekolah dengan kemahiran yang beliau ada. Selain itu beliau juga turut mempelajari cara-cara untuk membuat poster menggunakan MS Office Publisher. Selain itu, beliau juga turut menyertai beberapa program 5 teras NADI termasuk Dilea, Cybersecurity dan juga Tiny Techies. Tahap pemahaman dan pelajaran beliau juga semakin meningkat kesan daripada kelas tambahan yang beliau sertai.
