Nama: Rosnaney Binti Yaacob Umur: 36 tahun Ahli: 2011 |
Latar belakang
Puan Rosnaney Binti Yaacob adalah seorang yang sangat aktif dalam berniaga nasi berlauk sebelah pagi dan menjual mee celup sepelah petang. Beliau merupakan akan jati Kampung Jelawang dan merupakan salah seorang usahawan yang dilatih oleh Amanah Ikhtiar Jelawang (AIM).
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya, beliau hanya fokus kepada perniagaan secara offline sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Rosnaney pernah mengikuti kelas keusahawanan yang dijalankan di Pusat Internet Dabong. Bermula dari situlah beliau mula mendapat idea untuk memasarkan produk masakan beliau melalui Facebook dan Whatsapp. Ternyata langkah tersebut amat berkesan, peniagaan beliau amat mendapat sambutan dan lebih dikenali sekaligus menambahkan lagi pendapatan harian beliau.