Nama: Puan Norliza binti Long Deraman Umur: 46 tahun Ahli: 2018 |
Latar belakang
Puan Norliza merupakan seorang suri rumah yang turut mencari pendapatan sampingan melalui perniagaan keropok lekor secara kecil-kecilan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya Puan Norliza merupakan pengunjung PI yang selalu datang untuk urusan fotostat dan sebagainya. Beliau juga kerap kali meminta penyelia Pusat Internet untuk menaip apabila ada urusan rasmi contohnya bila ada surat atau apa yang rasmi yang perlu ditaip. Ini kerana beliau tidak mempunyai kemahiran menggunakan komputer apatah lagi menaip. Bermula dari sini beliau mula sedar bahawa penting untuk beliau belajar menggunakan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas menjadi ahli PI, beliau mula mengikuti beberapa kelas yang dijalankan oleh petugas PI terutamanya Latihan Asas Microsoft Office. Mula belajar diusia emas merupakan satu cabaran besar buat petugas Pi dan beliau sendiri. Namun, berbekalkan semangat ingin belajar dan tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas, beliau menunjukkan perkembagan yang positif dimana beliau semakin mahir menggunakan setiap simbol dan fungsi yang ada pada keyboard daripada sebelumnya yang tiada langsung pengetahuan tentang IT. Bukan itu sahaja, beliau juga sangat mahir dalam memanfaatkan komputer untuk menggunakan internet dan menaip menggunakan Microsoft Office Word dan Excel.