Perniagaan.
Terdapat beberapa aktiviti perniagaan yang dijalankan di Pekan Dabong. Antara perniagaan yang dijalankan ialah :
1. Kedai runcit.
2. Kedai telefon.
3. Kedai makan.
4. Butik pengantin.
5. Bengkel kenderaan.
Selain daripada aktiviti perniagaan di atas, terdapat juga pengusaha yang mengusahakan perniagaan berbentuk perkhidmatan, antara perkhidmatan yang disediakan ialah :-
1. Bayaran bil dan utiliti
2. Pemindahan wang
Dalam bidang pembuatan juga terdapat seorang pengusaha yang menjalankan perniagaan bot fiber. Perniagaan ini diusahakan oleh Basri bin Mahmud yang merupakan Ketua Kampung Mukim Kuala Pergau, Dabong. Beliau mempunyai lima orang pekerja yang membantu beliau dalam pembuatan bot fiber.
Pengusaha bot fiber.