Makanan istimewa yang terdapat di kampung Dabong juga boleh didapati di kawasan lain di seluruh negeri Cik Siti Wan Kembang antaranya nasi berlauk, nasi kerabu, nasi dagang. Biasanya makanan ini boleh didapati di waktu pagi di mana-mana kedai makan yang berada di sekitar Dabong.
Selain itu, makanan istimewa di Kampung Dabong adalah ikan sungai yang terdiri daripada pelbagai spesis ikan antaranya ikan lampan, ikan kelah, ikan kerang dan pelbagai ikan air tawar.