mcmc
Kisah Kejayaan

Celik IT – Abdul Rahman Bin Awang

pksu

Nama: Abdul Rahman Bin Awang

Umur: 48 tahun

Ahli: 2016

Latar belakang

Encik Abdul Rahman atau lebik dikenali sebagai Pok Su merupakan seorang OKU Cacat Pendengaran yang bekerja sebagai mekanik. Beliau menyediakan perkhidmatan membaiki peralatan elektrik dari rumah ke rumah. Mempunyai 14 orang tanggungan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya Pok Su merupakan pengunjung PI yang selalu datang untuk urusan fotostat dan sebagainya. Beliau juga kerap kali meminta penyelia Pusat Internet untuk menaip apabila ada urusan rasmi contohnya bila ada surat atau apa yang rasmi yang perlu ditaip. Ini kerana beliau tidak mempunyai kemahiran menggunakan komputer apatah lagi menaip. Bermula dari sini beliau mula sedar bahawa penting untuk beliau belajar menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli PI, beliau mula mengikuti beberapa kelas yang dijalankan oleh petugas PI terutamanya Latihan Asas Microsoft Office. Mula belajar diusia emas merupakan satu cabaran besar buat petugas Pi dan beliau sendiri. Namun, berbekalkan semangat ingin belajar dan tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas, beliau menunjukkan perkembagan yang positif dimana beliau semakin mahir menggunakan setiap simbol dan fungsi yang ada pada keyboard daripada sebelumnya yang tiada langsung pengetahuan tentang IT. Bukan itu sahaja, beliau juga sangat mahir dalam memanfaatkan komputer untuk menggunakan internet dan menaip menggunakan Microsoft Office Word dan Excel.Malahan beliau kini semakin cekap melayari internet termasuk telah mencipta akaun media social sendiri contohnya email & Facebook.

pksu