mcmc
Kisah Kejayaan

CELIK IT – Che Iskandar Haq bin Che Suhaimi

is

Nama: Che Iskandar Haq bin Che Suhaimi

Umur: 9 tahun

Ahli: 2015

Latar belakang

Che Iskandar Haq merupakan seorang pelajar di SK Dabong. Beliau merupakan anak kedua daripada 3 adik beradik dan merupakan pelajar yang menghadapi masalah sindrom hyperaktif sejak kecil lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya Adik Iskandar merupakan pengunjung PI yang datang untuk menemani ibunya menggunakan perkhidmatan di PI Dabong dan melayari internet. Setelah mendapat kebenaran  daripada ibunya, beliau mula mendaftar sebagai ahli PI. Tahap pengetahuan beliau berkaitan ICT pada masa itu adalah kurang.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli PI, beliau mula mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas PI. Bagi seseorang menghadapi masalah hyperaktif menjadi satu cabaran besar bagi petugas utuk mendidik beliau. Namun, berbekalkan semangat ingin belajar dan tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas, beliau menunjukkan perkembagan yang positif dimana beliau semakin mahir menggunakan setiap simbol dan fungsi yang ada pada keyboard daripada sebelumnya yang tiada langsung pengetahuan tentang IT. Bukan itu sahaja, beliau juga sangat mahir dalam memanfaatkan komputer untuk menggunakan internet untuk belajar dan berhibur melalui Youtube.

is