Nama: Mohammad Rizal bin Razeen Umur: 21 tahun Ahli: 2016 |
Latar belakang
Mohammad Rizal bin Razeen merupakan orang kelainan upaya (OKU) yang berusia 21 Tahun. Beliau mendapat pendidikan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Dabong sejak 2015 lagi. Beliau merupakan anak ke 4 daripada 7 beradik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya saudara Rizal tidak tahu untuk menggunakan komputer. Tetapi beliau kerap mengunjungi PI bagi menyertai rakan-rakan beliau menggunakan perkhidmatan disini. Bermula dari situlah beliau menunjukkan minat untuk mempelajari dengan lebih lanjut ilmu mengenai IT. Jadi, beliau mendaftar sebagai ahli PI.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beliau mendaftar sebagai ahli dan mengikut kelas yang dijalankan beliau mula menunjukkan perkembagan yang positif dimana beliau semakin mahir menggunakan setiap simbol dan fungsi yang ada pada keyboard daripada sebelumnya yang tiada langsung pengetahuan tentang IT. Lama kelamaan beliau mula mahir dalam menggunakan enjin carian google.