Antara kemudahan asas yang terdapat di Taman Daerah Dabong ini ialah:
Masjid
Binaan
Masjid ini mempunyai 4 menara di setiap penjuru masjid ini.Pada bahagian dalam masjid ini terdapat ruang solat yang merupakan ruang solat utama di masjid ini dan pintu ruang solat utama tersebut diperbuat daripada cermin.Terdapat juga tulisan ayat-ayat suci al-Quran dan kalimah Allah di dinding masjid ini.Ruang solat wanita dipisahkan dengan kain langsir.
Kemudahan
Kemudahan yang terdapat di masjid ini ialah stor yang dijadikan sebagai tempat menyimpan barang.Tandas,tempat wuduk lelaki dan perempuan juga disediakan di masjid ini.Tempat parking berbumbung turut disediakan di masjid ini hanya untuk motosikal dan kereta.Selain itu,terdapat juga tempat parking terbuka yang dapat memuatkan 10 buah kenderaan dalam satu masa
Keistimewaan
Masjid ini akan menyediakan aktiviti-aktiviti yang berbentuk keagamaan dan kemasyarakatan sebagai aktiviti riadah dan rohani kepada penduduk kampung dan sekitarnya.
Perpustakaan
Pustaka Desa Dabong.
Taman Permainan
Rumah Rehat
Rumah rehat ini di bawah kelolaan Majlis Daerah Dabong, pakej yang ditawarkan bagi pengunjung yang berminat untuk
menyewa bilik rumah rehat ini adalah amat berpatutan dan menarik.