mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Muhammad Adzim bin Mat Nasir

adzim

Nama: Muhammad Adzim bin Mat Nasir

Umur: 32 tahun

Ahli: 2009

 

Latar belakang

Encik Adzim merupakan salah seorang komuniti Dabong yang sangat aktif dalam bidang perniagaan. Pada asalnya beliau hanya menyertai bapa beliau menguruskan perniagaan sebelum diberi kepercayaan oleh bapa beliau untuk mengurus dan memiliki perniagaan sendiri. Modal pertama yang diberikan oleh bapa beliau digunakan untuk memulakan perniagaan perniagaan kedai makan. Selepas itu berbekalkan keuntungan dari kedai makan beliau mula mencuba nasib untuk menyertai tender sebagai pengusaha kantin sekolah. Rezeki memihak kepada beliau dan beliau Berjaya memenangi tender tersebut. Dari situlah beliau mula berjinak dengan perniagaan online sebagai tambahan pendapatan kepada sumber yang sedia ada. Beliau mula menjadi agen penapis air minuman Cukoo dan juga agen produk kecantikan Cozuma. Selain daripada itu, beliau juga sangat aktif menjual alatan elektronik, aksesori telefon, jam, malah seluar pun turut dipasarkan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya, beliau hanya fokus kepada perniagaan secara terus sahaja iaitu perniagaan kedai makan dan sebagai pengusaha kantin sekolah.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Dalam pada beliau menjalankan perniagaan, PI Dabong menjadi salah satu tempat wajib untuk dikunjungi. Pada asalnya tujuan beliau adalah untuk mempromosikan kedai makan yang beliau miliki. Bermula dari situlah beliau mula ditawarkan untuk menjadi agent dan berminat untuk terus melebarkan lagi sumber rezeki. Pelbagai jenis produk yang beliau jual termasuklah Penapis Air Minuman, Barangan Elektronik, Permainan Kanak-kanak, Jam, Seluar, dan macam-macam lagi. Kegigihan dan kerajinan beliau sudah pasti pandapat pulangan yang lumayan. Melalui ICT beliau mampu melipatgandakan lagi sumber pendapat beliau.

 

adzim