|
Nama: Nurul Akhma Binti Mamat Umur: 30 tahun Ahli: 2009 |
Latar belakang
Nurul Akhmal Binti Mamat adalah seorang pengusaha Uncle Best Fried Chicken yang terletak di dalam Pasar Dabong, di mana beliau menyewa salah satu lot kedai milik Majlis Daerah Dabong. Beliau merupakan anak jati kampung Dabong.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya, beliau hanya fokus kepada perniagaan secara offline sahaja. Namun setelah menghadiri kelas keusahawanan beliau mula menggunakan media sosial untuk membuat promosi kedainya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Cik Akhma adalah pengunjung setia Pusat Internet 1Malaysia Dabong dan beliau sering mendapatkan perkhidmatan daripada petugas Pusat Internet Dabong berkaitan pelbagai perkara terutama berkaitan dengan cara memasarkan dan mempromosikan kedai beliau. Selain daripada mempromosikan produk beliau juga menggunakan kemudahan ICT dalam usaha menambahkan lagi ilmu pengetahuan dan perkembangan semasa. maka dengan itu, beliau sentiasa memperbaharui produk atau menu di kedai nya dari semasa ke semasa berdasarkan apa yang menjadi viral di media sosial.
