mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Nurul Syafiqah binti Mat Nasir

kcik

Nama: Nurul Syafiqah binti Mat Nasir

Umur: 22 tahun

Ahli: 2009

Latar belakang

Cik Syafiqah adalah seorang belia yang aktif menjalan perniagaan secara atas talian. Beliau merupakan lepasan STPM dan merupakan salah seorang anak kepada usahawan yang berjaya di Kampung Dabong.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau merupakan salah seorang penyewa lot kedai Majlis Daerah Dabong. Beliau memulakan perniagaan sekitar tahun 2015. Pada awalnya, perniagaan beliau hanya tertumpu kapada kedai tersebut sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun setelah beberapa kali mengikuti kelas latihan keusahawan terutamanya, beliau mula mendapat idea untuk menjalankan perniagaan secara atas talian. Beliau turut memasarkan produk yang sudah ada di kedai beliau di Facebook. Pendapatan beliau turut meningkat setelah memasarkan produk tersebut secara atas talian.

kcik