mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Rohani binti Hussin

CHE DA

Nama: Rohani binti Hussin

Umur: 45 tahun

Ahli: 2011

 

Latar belakang

Puan Rohani merupakan seorang usahawan kedai makan sejak beberapa tahun yang lalu. Pada awalnya beliau menyewa lot kedai di kawasan pasar basah Kampung Dabong. Selepas itu, beliau ditawarkan oleh Majlis Daerah Dabong sebuah lot kedai di Pusat Rekreasi Gua Ikan. Pada permulaan di tempat baru itu, perniagaan Puan Rohani agak tidak mendapat sambutan sehinggalah beliau mula mendapat idea melalui rujukan di Facebook iaitu untuk mewujudkan satu trademark yang mana memudahkan pelanggan mengenali produk beliau. Mee Udang Galah dipilih kerana ia adalah produk yang belum lagi wujud di sekitar Dabong ketika itu.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya, Puan Rohani sukar untuk memajukan perniagaan beliau kerana kurangnya ilmu mengenai pemasaran produk. Beliau hanya bergantung kepada bakat memasak semata-mata.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Rohani menyertai kelas keusahawan yang dianjurkan oleh PI Dabong. Bermula dari situ, beliau mula mendapat idea mengenai teknik pemasaran dan juga cara memanfaatkan media social untuk memajukan perniagaan. Facebook Page mula dibuat dengan nama Che Da Mee Udang Galah Gua Ikan. Nama Gua Ikan diangkat sebagai salah satu teknik promosi berkesan memandangkan Gua Ikan merupakan salah satu pusat rekreasi yang tersohor di kawasan Dabong. Hari demi hari, produk beliau mula dikenali ramai dan perniagaan beliau bertambah maju. Pendapatan harian beliau hari kadangakala mencecah ribuan ringgit.

 

CHE DA