Nama: Wan Mohamad Irfan bin Wan Mohd Fadhil Umur: 18 tahun Ahli: 2017 |
Latar belakang
Adik Irfan merupakan bekas pelajar SMK Dabong yang baru sahaja menduduki peperiksaan SPM pada 2018. Memandangkan masih lagi bercuti sementara menunggu keputusan SPM, beliau bernekad untuk mencari wang untuk menampung kehidupan seharian. Hasil dorongan ibu bapa dan rakan sebaya beliau mula berjinak-jinak dalam bidang pembuatan kudapan.Produk beliau ialah Ohsem Chocojar
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya, beliau hanya menyediakan Cocojar yang ditempah oleh rakan-rakan di sekolah secara offline sahaja. Beliau mula bertapak di bangku persekolahan lagi.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menyedari betapa penggunaan ICT sangat memberi kesan positif kepada bidang perniagaan beliau, beliau mula belajar dengan lebih mendalam bagamana cara untuk membuat promosi secara online terutamanya di Facebook, Instagram & Whatsapp.Kini, boleh dikatakan perniagaan beliau hampir 100% dijalankan secara online termasuk membuat iklan dan mengumpul order. Beliau kini lebih komited untuk menyediakan produk beliau memandangkan permintaan yang sangat tinggi. Pendapatan beliau semakin hari semakin bertambah.