mcmc
Kisah Kejayaan

KEUSAHAWANAN – Wan Nor Hayati Binti Yusuf

hayati

Nama: Wan Nor Hayati Binti Yusuf 

Umur: 43 tahun

Ahli: 2010

 

Latar belakang

Puan Wan Nor Hayati Binti Yusuf merupakan anak jati kampong Dabong. Dahulunya beliau pernah bekerja di Kuala Lumpur, namun dek desakan kewangan dan taraf hidup di bandar tinggi beliau mengambil keputusan untuk menetap di kampong dan menjalankan perniagaan menjual nasi. Beliau mempunyai seorang anak perempuan tunggal yang kini telah bersekolah menengah.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada mulanya Puan Wan Nor Hayati tidak tahu dan tidak mahu mengiklan warung nya yang di beri nama Warung Kak Moh Dabong (sempena nama ibu beliau) di dalam Facebook. Bagi beliau Warung Kak Moh Dabong hanya untuk orang kampong sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Namun, setelah memasukkan iklan Warung Kak Moh Dabong dalam facebook beliau dapati ada muka-muka baru dikalangan pengunjung yang datang terutama pada musim cuti.

hayati