|
Nama: Siti Sarah Hani binti Rusdan Umur: 24 tahun Ahli: 2014 |
Latar belakang
Puan Siti Sarah Hani atau mesra dikenali dengan nama Kak Chik telah menjalankan perniagaan runcit sejak 2018 secara kecil-kecilan. Ekoran daripada Covid-19 melanda negara, beliau mula mengambil inisiatif untuk melebarkan perniagaan runcit beliau secara atas talian kerana desakan situasi semasa ketika itu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Sebelum penglibatan beliau dengan PEDi, beliau kurang mahir menggunakan medium media sosial untuk menjalankan dan mengiklankan perniagaan secara online dan mengiklankan barangan runcit dari kedai beliau di facebook, shopee serta laman web yang lain. Perniagaannya lebih kepada jualan secara ‘offline’
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PEDi
Selepas penglibatan dengan PEDi dimana beliau mengikuti kelas keusahawanan di PEDi antaranya Kelas Shopee, LinkTree, Facebook Page serta sentiasa belajar, kini beliau telah mahir memasarkan dan mengiklankan produk jualannya melalui platform digital tersebut.
