| Nama: Siti Nor Binti Wan Abdullah Umur: 37 tahun Ahli: 2024 |
Latar belakang
Puan Siti Nor Binti Wan Abdullah atau mesra dikenali dengan nama Kak Nor merupakan peserta Mahir Jahit Intake pertama yang mana telah menamatkan sesi pembelajaran beliau pada julai 2025. Beliau telah menggunakan kemahiran dan ilmu yang diperolehi dari program perkhidmatan pintar NADI untuk mencari rezeki dalam menambahkan lagi sumber pendapatan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Sebelum penglibatan beliau dengan NADI, beliau kurang mahir menggunakan peralatan-peralatan jahiitan serta medium media sosial untuk menjalankan dan mengiklankan perniagaan secara online dan mengiklankan barangan runcit dari kedai beliau di facebook, shopee serta laman web yang lain. Perniagaannya lebih kepada jualan secara ‘offline’
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan NADI
Selepas penglibatan dengan NADI dimana beliau pada awalnya mengikuti kelas mahir jahit di NADI dan seterusnya mengikuti kelas keusahawanan di NADI antaranya Kelas Pemasaran digital melalui program e-kelas telah memberi pengetahuan baru berkaitan ilmu jahitan tetapi masih lagi bertatih dalam bidang perniagaan.
