mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Quarter ke 3 2025 – Mahir Gajet

Nama: Mohamad Badrul Amin bin Adanan
Umur: 31 tahun
Ahli: 2014

Latar belakang

   Sebelum menyertai kelas NADI Mahir Gajet, Badrul Amin hanya mempunyai minat mendalam dalam membaiki gajet tetapi kurang pengetahuan dan kemahiran. Setelah ternampak poster promosi di NADI Dabong serta merta mendaftar untuk menyertai kelas. Di sana, beliau mempelajari teknik asas hingga mahir termasuk praktikal penukaran komponen gajet.

Sebelum penglibatan di NADI

   Sebelum menyertai kelas Mahir Gajet di NADI, Badrul Amin hanya ke NADI untuk urusan fotostat dan juga menggunakan komputer. Segalanya berubah apabila petugas menawarkan kelas kemahiran membaiki gajet kepadanya. Walaupun pada awalnya ragu-ragu kerana tiada pengalaman, beliau tetap mencuba. Dengan bimbingan tenaga pengajar, beliau menguasai teknik asas sehingga beliau mampu menukar komponen di telefon milik beliiau sendiri

Selepas penglibatan di NADI

  Selepas menyertai kelas Mahir Gajet di NADI, kemahiran membaiki gajet merupakan satu ilmu baru buat beliau yang mana mampu dijadikan sebagai sumber pendapatan sampingan.Dengan sokongan petugas NADI, beliau semakin yakin, bercita-cita membuka perniagaan membaiki gajet sendiri.