mcmc
Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Suku Ke 2 2016 (April, Mei & Jun)

Image00001

1) KATEGORI USAHAWAN:

Image00001

Nama: Farah Najihah Binti Che Hamid

Umur: 24 Tahun

Alamat: Lot 242, Jalan Mawar 18200 Dabong, Kelantan

 

Tahun Menjadi Ahli PI1M: 1 November 2012

Bentuk Perniagaan: Kain batik Sarawak dan pakaian-pakaian lain

Facebookhttps://www.facebook.com/farah.syafaie

Instagram: https://www.instagram.com/farahnajihah1223/

Kisah Kejayaan:

Latar belakang:

Farah Najihah merupakan seorang graduan Diploma Pengurusan Kewangan daripada Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Beliau mula berjinak-jinak dengan perniagaan online kira-kira 5 bulan yang lalu. Beliau merupakan anak jati Kampung Dabong. Sebelum mengikuti kelas beliau hanya menjual kain batik Sarawak secara offline sahaja. Setelah mendapat latihan dari staf PI1M iaitu dengan mengikuti kelas keusahawanan beliau telah menjual kain batik Sarawak melalui online dengan menjadi facebook sebagai medium utama beliau untuk berniaga dan meraih mendapatan agak lumayan berbanding sebelum ini.

Apa yang dipelajari melalui PI1M:

– Mempelajari cara berniaga menggunakan Facebook .
– Mempelajari Facebook Ads
– Mempelajari cara membuat iklan berkesan
– Mempelajari cara menarik lebih ramai pelanggan

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT:

– PI1M menyediakan semua kemudahan yang perlukan seperti komputer dan internet.
– PI1M adalah sebagai tempat rujukan kepada beliau untuk mandapatkan tip-tip
berniaga atas talian.
– PI1M menyediakan modul yang lengkap untuk melatih usahawan berpandukan modul
yang dibekalkan oleh INTEL.

 

2) KATEGORI  CELIK IT:

Image00001

Nama: Nur Iman Najwa binti Md Zaki

Umur: 9 Tahun

AlamatDepan SMK Dabong, 18200 Kuala Krai, Kelantan

 

Tahun Menjadi Ahli PI1M: 2 November 2015

Kisah Kejayaan:

Latar belakang:
Adik Iman Najwa merupakan seorang kanak -kanak yang agak lemah dan susah faham
dalam pembelajaran atau dengan istilah lain beliau merupakan seorang yang “slow
learner’.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M:
Sejak PI1M mula beroperasi setelah lumpuh hampir setahun kesan daripada peristiwa bah kuning 2014, adik Iman Najwa sering datang ke PI1M untuk melihat rakan -rakannya melayari internet tetapi beliau sekadar melihat kerana tidak tahu cara menggunakannya. Malah beliau juga sering di ejek rakan-rakan lantaran kekurangan yang beliau alami.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M:
Setelah ditawarkan untuk menjadi ahli oleh staf PI1M, beliau mula dibimbing dan diajar cara-cara untuk menggunakan computer dan juga cara melayari internet. Tambahan dengan kesungguhan beliau untuk belajar dan mengatasi kekurangan yang ada akhirnya mampu untuk menggunakan computer dan internet dengan baik sama seperti rakan-rakannya yang lain.

Apa yang dipelajari melalui PI1M:
– Mempelajari cara menggunakan setiap perkakasan computer.
– Mempelajari cara menaip dengan menggunakan Ms. Office
– Mempelajari cara melayari internet (menggunakan search engine)

Bagaimana PI1M membantu perkembangan perniagaan/ peningkatan tahap kemahiran ICT
– Staf PI1M sangat memberi sokongan dan bantuan di setiap kali saya memerlukannya.
– PI1M membuka peluang untuk golongan seperti saya menjadi lebih baik dalam bidang social.