PUSAT EKONOMI DIGITAL (PEDi) DABONG, Kelantan mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yang sudi melawat laman web kami. PEDi merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama TM Bhd dan MSD Digital Intelligence. Tujuan utama Pusat Internet diwujudkan adalah untuk merapatkan jurang digital dalam kalangan komuniti setempat. Selain itu berikut merupakan tujuan dan peranan PEDi yang diwujudkan.
Sebanyak 867 buah Pusat Internet telah diwujudkan di seluruh Malaysia bagi mendekatkan masyarakat kepada penggunaan komputer dan aplikasi ilmu ICT dalam kehidupan seharian mereka. Hasrat ini sejajar dengan wawasan negara untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang bermaklumat menjelang tahun 2020. Sejajar dengan kepesatan perkhidmatan teknologi, kewujudan PI amatlah membantu masyarakat luar bandar dalam mendapatkan perkhidmatan seperti berikut:
- – Latihan & Kelas Kemahiran Komputer
- – Kursus Keusahawanan Online
- – Internet dan Wifi Komuniti
- – Cetakan Warna dan Hitam Putih
- – Typing
- – Scanning
- – Fotostat
- – Laminate
- – Binding