Jadual Aktiviti
PERTANDINGAN USAHAWAN BARU ONLINE PUSAT INTERNET
July 13, 2020



BERITA BAIK UNTUK USAHAWAN ONLINE

Jom sertai Pertandingan Usahawan Baru

Pendaftaran bermula 15hb Julai – 20hb Julai 2020, jom pakat daftar di Pusat Internet Dabong

Bengkel keusahawanan juga disediakan dan akan bermula pada 21hb Julai 2020
Syarat-syarat pertandingan:

Mempunyai produk jualan dan belum ada akaun jualan dalam talian (Barangan Larangan tidak dibenarkan)

Ahli Pusat Internet kelolaan TM/MSD dan Warganegara Malaysia

Berumur 18 tahun dan ke atas

Wajib mengisi Borang Penyertaan dan mengikuti kelas dan bengkel yang ditetapkan (Shopee atau Lazada)

Perlu menyertakan Invois dan rekod Jualan bulanan (Cetak dari Platform yang digunakan) kepada Petugas untuk dihantar bersama Laporan akhir

Pemenang akan dipilih berdasarkan peratus keuntungan dan Jumlah jualan. Hanya peserta yang mempunyai jualan sekurang kurangnya 30% dan ke atas dalam tempoh pertandingan sahaja akan diambil kira untuk penentuan pemenang tanpa mengira bulan dalam tempoh pertandingan.

Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi Zalina ( 0198099523) dan Nur Atiqah ( 0199161366)