PROGRAM NADI KIDSVENTURE 2026 (MEI 2026)



Pelaksanaan Program NADI Kidsventure 2026 diteruskan pada bulan Mei dengan pelaksanaan aktiviti yang lebih berimpak, di samping membuka ruang dan peluang kepada usahawan cilik dan bakal usahawan cilik dalam kalangan komuniti NADI untuk terus berkembang maju.
Pengenalan Program
Peserta akan mengikuti modul latihan yang merangkumi:
1. Pelan Perniagaan Mini
2. Bijak Kewangan
3. Operasi Perniagaan
4. Pemasaran
Syarat Penyertaan
1. Warganegara Malaysia
2. Berumur 7 – 17 tahun
3. Kanak-kanak lelaki dan perempuan
4. Berdaftar sebagai Ahli NADI
5. Mempunyai minat yang mendalam dalam bidang perniagaan
6. Mendapat kebenaran ibu bapa / penjaga