PROGRAM NADIPRENEUR/EMPOWERHER JUN 2026

Aktiviti Semasa | May 29, 2026

Pencarian Ikon Usahawan NADI 2026 diteruskan pada bulan Jun dengan pelaksanaan aktiviti yang lebih berimpak, di samping membuka ruang dan peluang kepada usahawan serta bakal usahawan dalam kalangan komuniti NADI untuk terus berkembang maju.

Kriteria peserta adalah seperti berikut:

✅Warganegara Malaysia

✅Berumur 18 hingga 60 tahun

✅Berdaftar sebagai ahli NADI

✅Individu yang sedang menjalankan perniagaan (produk atau perkhidmatan)

✅Syarikat berdaftar atau belum berdaftar adalah layak menyertai

✅Mempunyai komitmen terhadap pertumbuhan perniagaan / syarikat

✅Bersedia menghadiri semua sesi aktiviti yang telah disusun termasuk Video Pra Latihan, Video Pasca Latihan, Podcast, dan Webinar