mcmc
Kisah Kejayaan

Q2 2020 CELIK IT – Mohammad Fahim Bin Mohd Razimi

fahim

Nama: Mohammad Fahim Bin Mohd Razimi

Umur: 20 tahun

Ahli: 2010


Latar belakang

Mohammad Fahim Bin Mohd Razimi merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Mempelam Jelawang, beliau mempunyai 4 orang adik beradik.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Adik Fahim telah mula datang ke Pusat Internet Dabong dari umur 7 tahun lagi bersama ibu atau ayah beliau. Pada awalnya Adik Fahim datang sekadar menemani ibunya menggunakan perkhidmatan di PI Dabong dan melayari internet. Bermula dari situlah beliau mula berminat untuk belajar berkenaan cara mengendalikan komputer dan melayari internet. Seterusnya beliau telah mendaftar menjadi ahli Pusat Internet di usia 7 tahun.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menjadi ahli PI1M, beliau mula mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas PI bermula dengan asas pengenalan komputer. Bagi seorang kanak-kanak menjadi satu cabaran besar bagi petugas utuk mendidik beliau. Namun, berbekalkan semangat ingin belajar dan tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas, beliau menunjukkan perkembangan yang positif dimana beliau semakin mahir menggunakan setiap simbol dan fungsi yang ada pada keyboard daripada sebelumnya yang tiada langsung pengetahuan tentang IT. Bukan itu sahaja, beliau juga sangat mahir dalam memanfaatkan komputer untuk menggunakan internet untuk belajar dan berhibur melalui Youtube.

fahim