mcmc
Kisah Kejayaan

Q1 2020 CELIK IT – Muhammad Nordzaqwan Daniel Bin Nor Zaid

Nama: Muhammad Nordzaqwan Daniel Bin Nor Zaid

Umur: 20 tahun

Ahli: 2010


Latar belakang

Muhammad Nordzaqwan Daniel Bin Nor Zaid merupakan seorang pelajar di SMK Dabong. Beliau merupakan anak kedua daripada 5 adik beradik. Beliau merupakan pelajar tingkatan 6 di SMK Dabong yang mana telah menduduki STPM pad tahun 2019.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya Adik Muhammad Nordzaqwan Daniel merupakan pengunjung PI yang selalu datang bersama kakak untuk menggunakan perkhidmatan di PI. Petugas PI menyarankan beliau untuk menjadi ahli yang berdaftar memandangkan beliau sering menunjukkan minat untuk menggunakan komputer

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Muhammad Nordzaqwan Daniel adalah seorang pengguna pusat Internet sejak dari awal penubuhan pusat internet lagi. Beliau telah menjadi ahli Pusat Internet Dabong ketika beliau berumur 10 tahun dan sehingga kini beliau masih lagi mengikut kelas serta program yang dijalankan di Pusat Internet dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet Dabong.

Muhammad Nordzaqwan Daniel telah manfaatkan sebaik-baiknya kemudahan yang disediakan di Pusat Internet Dabong sama ada dari segi mengunakan perkhidmatan yang disediakan seperti print, fotostat, binding, laminate, scan terutamanya dalam menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru. Selain itu, Adik Muhammad Nordzaqwan juga akan menggunkan PC untuk menyiapakan tugasan yang diberikan oleh guru beliau. Hal ini kerana beliau tidak mempunyai laptop sendiri. Namun hasil daripada manfaatkan semua kemudahan yang ada di Pusat Internet Dabong adik Muhammad Nordaqwan Daniel telah dinobatkan sebagai salah seorang pelajar terbaik STPM 2019 yang diumumkan baru-baru ini dengan memperolehi PNGK 3.50.