|
Nama: Siti Khatijah binti Jamaluddin Umur: 30 tahun Ahli: 2009 |
Latar belakang
Siti Khatijah binti Jamaludin merupakan ibu kepada seorang anak yang berkerjaya sebagai Pembantu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti. Beliau mula menceburi bidang perniagaan sejak tahun 2017 sekadar untuk menambah pendapatan sampingan dengan mula menjual losyen, makanan segera dan minuman kesihatan yang berasaskan susu jenama Vcare
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada mulanya Siti Khatijah hanya mempromosikan produk beliau kepada rakan sekerja dan juga rakan-rakan ibunya sahaja tanpa membuat promosi secara atas talian kerana kurang pengetahuan tentang cara mempromosikan produk melalui aplikasi-aplikasi yang ada.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Namun, setelah menyertai beberapa kelas latihan keusahawanan di Pusat Internet, beliau mula nampak kepelbagaian aplikasi yang ada termasuklah mempelajari ilmu-ilmu tentang teknik promosi produk secara atas talian. Sehubungan dengan itu, setelah beliau mula aktif mengiklankan produk beliau di Facebook dan Whatsapp, sambutan terhadap produk beliau sangat-sangat menggalakan.
