mcmc
Kisah Kejayaan

23 2019 CELIK IT – Khairul Anwar bin Zahid

ANWAR SS

Nama:Khairul Anwar bin Zahid

Umur: 11 tahun

Ahli: 2018

Latar belakang

Adik Khairul Anwar merupakan seorang OKU masalah pembelajaran yang belajar di KPKI Sk Dabong

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada awalnya Adik Anwar merupakan pengunjung PI yang selalu datang bersama kakak untuk menggunakan perkhidmatan di PI. Petugas PI menyarankan beliau untuk menjadi ahli yang berdaftar memandangkan beliau sering menunjukkan minat untuk menggunakan komputer.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas menjadi ahli PI, beliau mula mengikuti beberapa kelas yang dijalankan oleh petugas PI terutamanya Latihan Asas Microsoft Office. Masalah pembelajaran yang dihadapi beliau merupakan satu cabaran besar buat petugas Pi dan beliau sendiri. Namun, berbekalkan semangat ingin belajar dan tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas, beliau menunjukkan perkembagan yang positif dimana beliau semakin mahir menggunakan setiap simbol dan fungsi yang ada pada keyboard daripada sebelumnya yang tiada langsung pengetahuan tentang IT. Bukan itu sahaja, beliau juga semakin mahir dalam memanfaatkan komputer untuk menggunakan internet dan menaip menggunakan Microsoft Office Word. Malahan beliau kini semakin cekap melayari internet termasuk menggunakan youtube.

ANWAR SS