Nama: Nurul Izzah Binti Ismail Umur: 20 tahun Ahli: 2016 |
Latar belakang
Adik Nurul Izzah merupakan menuntut sepenuh masa di KUIS.Beliau merupakan anak bongsu dari 12 orang adik-beradik. Namun disebabkan minat beliau terdapat perniagaan online beliau mula berjinak-jinak dengan menjual tudung iaitu tudung bawa love dan tudung bawal shawl.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada awalnya, beliau hanya menjual kepada kawan-kawan secara offline sahaja. Kaedah ini memakan masa yang lama untuk beliau menghabiskan stok tudung yang ada. Selain itu, beliau lambat mendapat pulangan modal semula kerana kaedah pemasaran yang digunakan tidak meluas dan hanya kawan-kawan terdekat sahaja mengetahui bahawa beliau menjual tudung.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menyedari betapa penggunaan ICT sangat memberi kesan positif kepada bidang perniagaan beliau, beliau mula belajar dengan lebih mendalam bagaimana cara untuk membuat promosi secara online terutamanya di Facebook, Instagram & Whatsapp dan sekaligus dapat meningkatkan pendapatan beliau. Pendapatan beliau hasil jualan tudung semakin meningkat dari bulan ke bulan.