Nama:Norzailani Binti Abdullah Umur: 18 tahun Ahli: 2016 |
Latar belakang
Norzailani merupakan seorang pelajar di SMA Peria. Beliau merupakan anak kedua daripada 3 adik beradik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pada awalnya Adik Norzailani merupakan pengunjung PI1M yang datang untuk menggunakan perkhidmatan di PI1M Dabong seperti fotostat dan print. Setelah mengetahui kelebihan menjadi ahli pusat internet beliau telah mendaftar menjadi ahli dan sekaligus melayakkan beliau untuk mendapatkan latihan ICT secara percuma dipusat Internet Dabong.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Adik Zailani mula mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas PI1M. Pada awalnya beliau agak kaku dalam menggunakan computer namun setalah mengikut beberapa kali kelas yang dijalankan beliau telah menunjukkan perkembangan yang positif apabila beliau sudah boleh mencari bahan dan menyiapkan tugasan yang diberikan tanpa bantuan daripada petugas.