Nama: Norihan binti Ibrahim Umur: 33 tahun Ahli: 2012 |
Latar belakang
Puan Noriha Binti Ibrahim merupakan seorang guru Taska Permata Kemas Biak. Beliau telah lama berkhidmat sebagai guru Taska Kemas Biak iaitu dari 2011.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum ini Puan Norihan menjual produk JSD kepada sahabat dan jiran terdekat sahaja dan beliau agak sukar mendapatkan pelanggan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pada mulanya Puan Norihan tidak yakin mahu berniaga secara atas talian. Namun selepas mengikut kursus keusahawan di PI Dabong beliau mula aktif berniaga secara atas talian dan produk JSD yang dijual meunjukkan peningkatan. Beliau menggunakan facebook sebagai medium utama beliau untuk mempromosikan produk beliau.