mcmc
Kisah Kejayaan

Q3 2020 CELIK IT – Muhammad Hafizal Bin Abdullah

HAFIZAL

Nama: Muhammad Hafizal Bin Abdullah

Umur: 13 tahun

Ahli: 2018

Latar belakang

Muhammad Hafizal Bin Abdullah merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Dabong, beliau mempunyai 4 orang adik beradik yang terdiri 2 lelaki dan 2 perempuan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Muhammad Hafizal Bin Abdullah  telah mula datang ke Pusat Internet Dabong dari umur 6 tahun lagi bersama ibu atau ayah beliau. Pada awalnya Hafizal datang sekadar menemani ibunya menggunakan perkhidmatan di PI Dabong dan melayari internet. Bermula dari situlah beliau mula berminat untuk belajar berkenaan cara mengendalikan komputer dan melayari internet. Seterusnya beliau telah mendaftar menjadi ahli Pusat Internet di usia 6 tahun.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Selepas menjadi ahli PI1M, beliau mula mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas PI bermula dengan asas pengenalan komputer. Bagi seorang kanak-kanak menjadi satu cabaran besar bagi petugas utuk mendidik beliau. Namun, berbekalkan semangat ingin belajar dan tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas, beliau menunjukkan perkembangan yang positif dimana beliau semakin mahir menggunakan setiap simbol dan fungsi yang ada pada keyboard daripada sebelumnya yang tiada langsung pengetahuan tentang IT. Bukan itu sahaja, beliau juga sangat mahir dalam memanfaatkan komputer untuk menggunakan internet untuk belajar dan berhibur melalui Youtube.

HAFIZAL