Nama: Mohamad Hafiz Danial Bin Arman Umur: 12 tahun Ahli: 2015 |
Latar belakang
Mohamad Hafiz Danial merupakan seorang pelajar di SK Dabong. Beliau merupakan anak kedua daripada 5 adik beradik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Adik Hafiz telah mula datang ke Pusat Internet Dabong dari umur 6 tahun lagi bersama ibu bapa atau kakak beliau. Pada awalnya Adik Hafiz sekadar menemani ibunya menggunakan perkhidmatan di PI Dabong dan melayari internet. Bermula dari situlah beliau mula berminat untuk belajar berkenaan cara mengendalikan komputer dan melayari internet. Seterusnya beliau telah mendaftar menjadi ahli Pusat Internet di usia 6 tahun.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas menjadi ahli PI1M, beliau mula mengikuti kelas yang dijalankan oleh petugas PI bermula dengan asas pengenalan kepada perkakasan komputer. Bagi seorang kanak-kanak menjadi satu cabaran besar bagi petugas utuk mendidik beliau. Namun, berbekalkan semangat ingin belajar dan tunjuk ajar yang diberikan oleh petugas, beliau menunjukkan perkembagan yang positif dimana beliau semakin mahir menggunakan setiap simbol dan fungsi yang ada pada keyboard daripada sebelumnya yang tiada langsung pengetahuan tentang IT. Bukan itu sahaja, beliau juga sangat mahir dalam memanfaatkan komputer untuk menggunakan internet untuk belajar dan berhibur melalui Youtube. Beliau kini semakin memanfaatkan penggunaan internet dengan mewujudkan laman social Facebook dan Instagram.