Nama: Norainie Qusainie binti Nordin Umur: 30 tahun Ahli: 2018 |
Latar belakang
Norainie Qusainie merupakan ibu kepada 3 anak. Beliau mengambil peluang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan sampingan pada tahun lepas. Beliau mula berjinak-jinak dalam perniagaan emas dan perhiasan wanita pada tahun lalu
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pada mulanya Norainie Qusainie hanya mempromosikan jualan beliau kepada kaum keluarga dan rakan-rakan sekeliling sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah beberapa bulan, beliau mendapati jualan beliau mendapat sambutan.Ekoran daripada itu beliau mula mendapatkan khidmat petugas Pusat Internet Dabong bagi membantu beliau menjalankan peniagaan secara atas talian.Setelah mula mengiklankan perniagaan beliau di laman social Facebook dan Whatsapp, sambutan semakin menggalakan dari rakan-rakan yang lain.