mcmc
Kisah Kejayaan

Q4 2020 KEUSAHAWANAN – Tuan Nur Syafika Adila binti Tuan Ahmad

5987e3416cca9ef26bc6c47240897176

Nama: Tuan Nur Syafika Adila binti Tuan Ahmad

Umur: 30 tahun

Ahli: 2018

 

Latar belakang

Tuan Nur Syafika merupakan lepasan sekolah yang menganggur selama empat tahun lebih. Beliau mempunyai kesedaran untuk mencari duit sendiri dan memulakan macam bentuk perniagaan seperti makanan hipster seperti Ayam Korea Cheese dan macam-macam jenis perniagaan lagi sebelum memulakan perniagaan berbentuk Peralatan Kosmetik & Minuman Kesihatan 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pada peringkat percubaan beliau menjalakan perniagaan beliau dalam bentuk Offline dimana produk-produk beliau diperkenalkan kepada kawan-kawan dan orang sekeliling sahaja dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Perniagaan mula dibuat secara atas talian setelah berminat untuk menjadi peserta pertandingan usahawan online Pusat Internet. Bagi menyertai pertandingan tersebut, beliau wajib menghadiri kelas latihan yang diadakan di Pusat Internet Dabong. Melalui kelas latihan tersebut beliau memanfaatkan segala ilmu berkenaan perniagaan atas talian seterusnya mengorak langkah mamajukan lagi perniagaan beliau menggunakan platform SHOPEE  sebagai platform utama dan juga membuat iklan melalui Facebook &  Whatsapp Status.

5987e3416cca9ef26bc6c47240897176