mcmc
Maklumat Setempat

Sejarah Pusat Internet 1Malaysia Dabong

Pusat Internet 1Malaysia Dabong yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) telah memulakan operasi sejak bulan September 2009 sehingga kini. Pusat Internet 1Malaysia Dabong adalah salah satu projek Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP). Pusat Internet 1Malaysia Dabong merupakan projek Fasa II Extention dimana terdapat 52 buah Pusat Internet 1Malaysia yang sama fasa telah diwujudkan dengan oleh Suruhanajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Telekom Malaysia ™ dan MSD Digital Intelligence untuk kemudahan rakyat sejagat. Dahulunya Pusat Internet 1Malaysia Dabong beroperasi di sebuah bangunan kedai setingkat yang terletak di No. 212, Hadapan Malis Daerah Dabong dari awal penubuhan sehingga Disember 2014 dan kini telah berpindah ke bangunan baru yang berhadapan dengan Asrama SMK Dabong dan bersebelahan dengan Pasar Dabong.

GAMBAR LAMA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA DABONG